Friday, September 14, 2007

....antara pegangan dan kehendak..

Ohhh yeahhh Ramadhan is here! Pintu langit di buka, malaikat turun ke bumi dengan membawa khabar gembira. Walaupun aku sedih, sangat2 sedih, tapi aku pujuk jugak hati aku dengan melihat ke langit. Aku harap sangat yang kat atas tu sayang aku dan tak tinggalkan aku. T.T

Takde ape lagi yang aku bole buat. I have lost her. Lagi skali aku tipu diri aku sendiri.. "Let's be bestfriend!", that is what I've said to her. Tipu lagi. Ustaz dah banyak kali cakap... "Amanah jangan pecah, cakap jangan bohong!" Haihhh.. macam mana nak mintak Tuhan sayang, kalau lidah sendiri tak boleh jaga? Ustaz pesan solat tu bukan berdiri lurus tapi berdiri betul. Apa yang betul? Pegangan kena betul. Cakap jangan bohong. Amanah jangan pecah. Baru berdiri boleh betul. Baru Tuhan sayang. Tapi Tuhan paham, yang aku tengah sakit sangat2, aku nak buat sume orang happy, last2 diri sendiri terkena. Takpa lah, ujian ni berat tapi yang best Dia bagi time2 masuk Ramadhan.

Aku dah start lari daripada semua orang. Aku lari dari kawan2 aku. Aku lari dari family aku. Sbb aku tau dorang akan blame aku. So aku lari. Satu2 nye tempat yang aku tak lari adalah daripada persatuan. Persatuan ape? I'll keep it to myself for now... :p Apa patut aku buat? Aku dah penatlah pura2, faking my smiles, faking my jokes. Balik umah sorang2 jugak jadinye. Kawan ajelah ngan gitar kapok aku (tu pon Fariz bagi) ngan PS2 kesayangan aku tuh. Hahah kembali kepada yang asal. Duduk jadi anti-social *perkataan yang moden dan sopan untuk kera sumbang*

Aku start rindu kat dia. Aku start fikir yang bukan2. Aku mula belajar cemburu. Tapi kenapa? It's over. Cume kadang2 aku fikir, kalau lah mereka2 ni berada kat tempat aku, boleh tahan ke? Boleh buat macam aku ke, faking everything so that nobody knows? Times like this, aku rindu pulak kat Elaine. Yup, the one and only Granny. Selalu kalau aku tepon die mesti makan McD ngan Fariz n Shah haha. Walaupun aku tak luahkan tapi by spending time with them aku lupa masalah aku. Dan sedikit demi sedikit Elaine akan bagi jalan untuk masalah aku. She is not THAT great but hey she has that instinct of a Grandma, errr, I mean, a woman. Hehehe... ^_^;;

I wonder what is she doing right now? She must be sleeping, coz she's been working even on the 1st Ramadhan. Haiya bulan nih arwah pun dapat cuti, tak kene seksa, tapi orang atas muka bumi tatau nak rehat. -_-" Semalam breakfast, things turn out fine, aku sedih tapi aku seronok sangat dapat jumpa dia. Tiba2 dia start meleleh air mata, aku ingatkan kaki dia chagu (ok bad joke..) start cakap die sakit perut. Well aku ingatkan biase punye sakit perut, aku pi lah beli air ngan asam sket, aku balik kat keta tengok die takde dalam keta. Aihh mati2 aku ingatkan dia pi toilet, rupanya dia dah kat tepi keta aku , muntah. Mau tak risau? Nak aje aku papah dia pi klinik tapi nak buat guane, dia taknak. Risau nak mati aku, tatau nak describe guane. So aku hantar die balik, paksa jugak die rest, kalau tak nak pi keje. Gila agaknye nak keje ngan badan sakit. Tuh takpe lagi ni seluar kene muntah. Ngan aku takpelah aku memang tak geli, tapi ngan orang lain? Mau kene pukul ngan programmer sbb bau muntah dalam opis. So daripada dia kene pukul ramai2 lebih baik aku soh die balik rest. Hahah nasib baik aku sempat pegi tempat2 yang aku target hari tuh. Tuh lah kuasa Allah, kita buat menda baik, kita ikhlas, pasti Dia tolong. Agaknye lah kot, kalau bukan Allah sapa lagi boleh tolong aku?

So antara pegangan dengan kehendak, aku pilih pegangan. Sakit, amat2 sakit aku rasa sekarang. Aku tatau ape patut aku buat, aku nak luahkan tapi tak lepas. Mungkin sbb aku sorang2 tatau nak luahkan kat sape. Nak aje aku nangis ke, pukul kucing ke, curik makanan baby ke... tapi nak nangis malu, nak pukul kucing takut kene pukul balik ngan gangster kucing, nak curik makanan baby takut kene pukul ngan bapak baby tuh... So last2 aku tulis blog nih tengah malam, padan muka korang yang baca :P

Baru aku faham kenapa Muhammad S.A.W itu diangkat sebagai Ulul'Azmi, nabi teragung, paling banyak kene test, paling banyak bersabar. Senang cakap baginda adalah makhluk yang paling best, semua makhluk kalah ngan baginda. Why? Bukan hanya sbb baginda tuh khatamun nabiyin, penutup sekalian nabi, tapi sbb banyak kali baginda diuji. Antara Islam dan kehendak baginda. Baginda tetap dengan pegangan baginda walaupun sakit sangat2. Aku faham, dan last2 aku teringin pulak nak jumpa baginda. :p aku tau mustahil, tapi manalah tau...

Sakit sangat2... Allah sahaja yang tahu... T.T

I am missing someone whom I am not suppose to miss. Sorry, but I am missing you T.T